Monday 16 April 2018

Moto GP 2018

KUALA LUMPUR 16 April - Selepas mengharungi dua aksi cemerlang dalam saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Qatar dan Argentina 2018, penunggang Monster Yamaha Tech 3, Hafizh Syahrin Abdullah tekad meneruskan rentak tersebut pada perlumbaan ketiga di Austin, Texas minggu ini.

Dia yang kini berada di kedudukan ke-13 dalam senarai pelumba dengan mengumpul sembilan mata mengakui tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlumbaan di litar sepanjang 5.5km dengan 20 selekoh.


“Saya sangat gembira dengan dua keputusan yang diperolehi dalam dua perlumbaan sebelum ini. Saya tidak sabar untuk berlumba dalam MotoGP minggu ini dan cuba membuat lebih baik atau mengekalkan pencapaian yang sama.

“Sebelum saingan di Austin saya telah menjalani latihan dan mendapat tunjuk ajar daripada Colin Edwards. Latihan itu telah membuat kondisi fizikal saya semakin baik dan menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit dan lebih bersedia untuk perlumbaan pusingan ketiga ini.

“Saya sudah tidak sabar bertemu semula dengan pasukan saya dan berharap dapat melakukan yang terbaik untuk mereka sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam aksi di Qatar, Hafizh berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-14 pada penampilan sulung di MotoGP.

Kecemerlangan itu diteruskan pelumba kelahiran Selangor tersebut dengan meraih tempat kesembilan dalam perlumbaan di Argentina.

No comments:

Post a Comment

KPDNKK

MENYEDARI kepentingan ilmu berkaitan kepenggunaan dan cetak rompak amat penting, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepen...