Monday 16 April 2018

Perang Dunia


ALGIERS 11 April - Sekurang-kurangnya 257 orang terkorban dalam kejadian kapal terbang tentera terhempas di pangkalan tentera Boufarik di luar bandar ini pagi ini.
Stesen televisyen swasta Ennahar melaporkan, kapal terbang Ilyushin II-76 itu terhempas semasa hendak berlepas dari lapa­ngan terbang Boufarik.
Pesawat berkenaan dengan 10 kru dinaiki oleh anggota tentera dan ahli keluarga mereka.
Menurut Setiausaha Agung parti memerintah, Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN), DJamel Ould Abbes, mangsa yang terkorban termasuklah 26 anggota pergerakan pembebasan Western Saharan Polisario.
Beliau bagaimanapun tidak memberi jumlah sebenar mangsa yang terkorban.
Kapal terbang itu dikatakan dalam penerbangan ke Tindouf di selatan Algeria iaitu kawasan kem yang menempatkan pela­rian dari wilayah pertikaian Sahara Barat.
Beratus-ratus ambulans dan berpuluh-puluh jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Laporan televisyen tempatan menyebut, sebanyak 14 ambulans berada di tempat kejadian dan mangsa yang cedera sedang dibawa ke hospital.
Dalam pada itu, sumber me­laporkan kapal terbang berkenaan membawa anggota tentera ke bandar Bechar di barat Algeria.
Kenyataan dari Kementerian Pertahanan memaklumkan, ke­tua tentera negara ini telah me­ngarahkan siasatan terhadap nahas itu dan akan melawat tempat kejadian.
Dalam pada itu, televisyen tempatan turut menyiarkan gam­bar asap tebal menyelubungi kapal terbang berkenaan.
Turut kelihatan bahagian ekor kapal terbang berkenaan berhampiran pokok zaitun dan para pegawai keselamatan berdiri berhampiran bangkai kapal terbang itu.
Pada Julai 2014, pesawat penumpang Air Algerie yang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers terhempas di bahagian utara Mali menyebabkan seramai 116 penumpang terkorban termasuk 54 warga Perancis. – Agensi

No comments:

Post a Comment

KPDNKK

MENYEDARI kepentingan ilmu berkaitan kepenggunaan dan cetak rompak amat penting, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepen...