Monday, 16 April 2018

KPDNKK

MENYEDARI kepentingan ilmu berkaitan kepenggunaan dan cetak rompak amat penting, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil inisiatif menganjurkan Program Kids@Kepenggunaan di sekolah rendah baru-baru ini.
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor,seramai 1,500 murid-murid di sekolah itu didedahkan dengan isu-isu kepenggunaan.
Pelancaran pertama program yang sama diadakan di Sekolah Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur pada bulan November lalu.
Dalam program berkenaan, pelbagai aktiviti telah disusun bagi membolehkan murid-murid memahami isu kepenggunaan dengan lebih jelas.
Antaranya, ceramah pendedahan asas kepenggunaan, kesan penggunaan barangan tiruan, cara-cara mengenali barangan tiruan, tulen dan memeriksa harga barang serta tarikh luput sebelum membeli sesuatu produk.
Menerusi program yang sama itu, murid-murid turut diberi peluang bertanya soalan kepada wakil KPDNKK berkaitan isu-isu kepenggunaan.
Pelaksanaan aktiviti yang menggunakan pendekatan secara santai nyata menarik minat murid-murid berkenaan selain memahami isu kepenggunaan dengan mudah.
Seorang murid, Nuratiqah Abdul Rahman, 10, mengakui dia sebelum ini membeli makanan ringan tanpa melihat tarikh luput.
"Saya tidak tahu, tarikh yang tertera di belakang plastik makanan ringan memberitahu pengguna ia boleh dimakan sehingga tempoh itu sahaja.
"Selepas mendengar ceramah, barulah saya memahami fungsi tarikh yang terdapat pada produk-produk makanan," jelasnya.
Bagi Muhammad Azri Muhammad Azam, 9, pula dia tertarik dengan pameran produk penapis minyak tiruan dan tulen.
"Kedua-dua produk itu nampak sama tetapi hakikatnya terdapat perbezaaan dari segi warna," ujarnya.
Turut hadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor, Khasanah Ibrahim.
Sementara itu, Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu bertujuan untuk memberi kesedaran di peringkat awal tentang keburukan kegiatan cetak rompak dan membeli barangan tiruan.
"Pendidikan kepenggunaan perlu ditanam dalam diri kanak-kanak agar mereka menolak barangan tiruan," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya telah mewujudkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) dan Kelab Koperasi Sekolah di sekolah-sekolah.
Bagaimanapun, pada masa ini KPS secara dasarnya hanya ditubuhkan di sekolah menengah.
"Begitupun, KPDNKK sentiasa mengalu-alukan sekolah rendah yang berminat untuk menubuhkan KPS.
"Bagi sekolah rendah yang menubuhkan KPS, mereka akan diberi geran bantuan kewangan sebanyak RM500 bagi menganjurkan program-program kesedaran berhubung isu-isu kepenggunaan," ujarnya.

Sekatan Jalanraya

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Gara-gara mahu meloloskan diri daripada sekatan trafik, beberapa penunggang motosikal bertindak melawan arus sehingga mengundang risiko bahaya kepada pengguna jalan raya lain.Malah ada segelintir penunggang motosikal hampir melanggar  kereta dari arah bertentangan untuk melarikan diri selepas melihat anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, aksi tersebut tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan orang lain.

"Jika mereka tidak mempunyai lesen, maka mereka akan berpatah balik apabila melihat penguat kuasa di hadapan.

"Sekiranya sudah melanggar undang-undang perlulah menghadapi kesannya. Jangan lari sehingga bahayakan orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian  selepas Operasi Khas Motosikal Sempena Tahun Baharu Cina siri empat di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar di sini malam tadi.

Sementara itu, Shaharuddin berkata,  operasi sempena Tahun Baharu Cina yang bermula pada 14 hingga 23 Februari ini di seluruh negara itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen.

Tambahnya, fokus diberikan kepada motosikal pada 14 hingga 19 Februari lalu iaitu sebanyak 4,010 kesalahan menunggang tanpa lesen dicatatkan.

"Selain itu, turut direkodkan sebanyak 4,800 kesalahan cukai jalan tamat tempoh, 621 kes kesalahan teknikal seperti lampu dan brek gagal berfungsi serta 10 kesalahan tidak memakai topi keledar.

"Tujuan kami menjalankan operasi ini bukanlah mencari kesalahan sahaja tetapi lebih kepada mendidik penunggang-penunggang motosikal mengenai pentingnya mematuhi undang-undang," jelasnya.

Terdahulu, sebanyak 1,220 kenderaan diperiksa dengan 305 kesalahan dikenal pasti membabitkan 277 notis saman dikeluarkan pada operasi siri empat itu.

Sebanyak 135 kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, 158 kesalahan tiada cukai jalan, 10 kesalahan teknikal dan dua lain-lain kesalahan dicatatkan pada operasi itu.

Tahniah !! LCW



KUALA LUMPUR 15 April - Pemain badminton no. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih emas acara individu lelaki Sukan Komanwel 2018 .
Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Carrara, Gold Coast tadi, dia mengalahkan pemain no. 1 dunia dari India, Srikanth Kitambi, 19-21, 21-14, 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 61 minit. - UTUSAN ONLINE

Moto GP 2018

KUALA LUMPUR 16 April - Selepas mengharungi dua aksi cemerlang dalam saingan MotoGP di Grand Prix (GP) Qatar dan Argentina 2018, penunggang Monster Yamaha Tech 3, Hafizh Syahrin Abdullah tekad meneruskan rentak tersebut pada perlumbaan ketiga di Austin, Texas minggu ini.

Dia yang kini berada di kedudukan ke-13 dalam senarai pelumba dengan mengumpul sembilan mata mengakui tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlumbaan di litar sepanjang 5.5km dengan 20 selekoh.


“Saya sangat gembira dengan dua keputusan yang diperolehi dalam dua perlumbaan sebelum ini. Saya tidak sabar untuk berlumba dalam MotoGP minggu ini dan cuba membuat lebih baik atau mengekalkan pencapaian yang sama.

“Sebelum saingan di Austin saya telah menjalani latihan dan mendapat tunjuk ajar daripada Colin Edwards. Latihan itu telah membuat kondisi fizikal saya semakin baik dan menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit dan lebih bersedia untuk perlumbaan pusingan ketiga ini.

“Saya sudah tidak sabar bertemu semula dengan pasukan saya dan berharap dapat melakukan yang terbaik untuk mereka sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam aksi di Qatar, Hafizh berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-14 pada penampilan sulung di MotoGP.

Kecemerlangan itu diteruskan pelumba kelahiran Selangor tersebut dengan meraih tempat kesembilan dalam perlumbaan di Argentina.

Gangguan Tentera

THE HAGUE 16 April - Rusia didakwa telah menganggu kawasan serangan senjata kimia di bandar Douma, Syria.
Dakwaan itu dinyatakan oleh wakil Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Kenneth Ward yang mendakwa Rusia telah melawat kawasan berkenaan.
"Kami bimbang Rusia telah mengganggu kawasan itu dengan niat untuk menyekat usaha Misi Mencari Fakta OPCW bagi menjalankan siasatan yang lebih efektif,’’ katanya. - Reuters

Perang Dunia


ALGIERS 11 April - Sekurang-kurangnya 257 orang terkorban dalam kejadian kapal terbang tentera terhempas di pangkalan tentera Boufarik di luar bandar ini pagi ini.
Stesen televisyen swasta Ennahar melaporkan, kapal terbang Ilyushin II-76 itu terhempas semasa hendak berlepas dari lapa­ngan terbang Boufarik.
Pesawat berkenaan dengan 10 kru dinaiki oleh anggota tentera dan ahli keluarga mereka.
Menurut Setiausaha Agung parti memerintah, Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN), DJamel Ould Abbes, mangsa yang terkorban termasuklah 26 anggota pergerakan pembebasan Western Saharan Polisario.
Beliau bagaimanapun tidak memberi jumlah sebenar mangsa yang terkorban.
Kapal terbang itu dikatakan dalam penerbangan ke Tindouf di selatan Algeria iaitu kawasan kem yang menempatkan pela­rian dari wilayah pertikaian Sahara Barat.
Beratus-ratus ambulans dan berpuluh-puluh jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Laporan televisyen tempatan menyebut, sebanyak 14 ambulans berada di tempat kejadian dan mangsa yang cedera sedang dibawa ke hospital.
Dalam pada itu, sumber me­laporkan kapal terbang berkenaan membawa anggota tentera ke bandar Bechar di barat Algeria.
Kenyataan dari Kementerian Pertahanan memaklumkan, ke­tua tentera negara ini telah me­ngarahkan siasatan terhadap nahas itu dan akan melawat tempat kejadian.
Dalam pada itu, televisyen tempatan turut menyiarkan gam­bar asap tebal menyelubungi kapal terbang berkenaan.
Turut kelihatan bahagian ekor kapal terbang berkenaan berhampiran pokok zaitun dan para pegawai keselamatan berdiri berhampiran bangkai kapal terbang itu.
Pada Julai 2014, pesawat penumpang Air Algerie yang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers terhempas di bahagian utara Mali menyebabkan seramai 116 penumpang terkorban termasuk 54 warga Perancis. – Agensi

Isu Myvi



KUALA LUMPUR 16 April - Perusahaan Otomobil Na­sional Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan terus membekalkan alat ganti bagi model Myvi melalui barisan pengeluaran alat ganti baharunya di Tanjung Malim, Perak.

Dikendalikan oleh vendor Pe­rodua, IQM Sdn. Bhd. di Proton City, Tanjung Malim, kilang itu akan menghasilkan komponen ba­dan seperti penutup enjin, pintu, dapra, panel sesiku dan bumbung.

Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Takahashi Masanori berkata, demi keselamatan, keselesaan dan ketenangan fikiran pelanggan, pihaknya memberikan komitmen untuk terus mengeluarkan komponen berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan bagi kenderaan Perodua mereka.

“Kami memilih pembekalan luar bagi pengeluaran komponen Myvi generasi kedua kerana ki­lang pengeluaran kami sudah berada pada kapasiti puncak.

“Sebagai pengeluar komponen Viva sejak pengeluaran model yang berakhir pada 2014, IQM menjadi pilihan yang tepat untuk projek ini,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Selain daripada generasi kedua kereta Myvi dan Viva, komponen-komponen tulen generasi pertama Myvi, Kelisa dan juga Kancil akan terus dihasilkan oleh vendor Malaysia.

Menurut Masanori, masih terdapat ramai pengguna Myvi generasi kedua dengan sebanyak 519,000 buah jenama itu telah dikeluarkan dari Mei 2011 hingga Oktober 2017.

“Buat masa ini, barisan pengeluaran alat ganti di IQM Tanjung Malim menghasilkan komponen badan berikutan permintaan yang tinggi.

“Komponen enjin untuk Myvi generasi kedua terus dihasilkan di PMSB di Rawang, manakala bahagian-bahagian lain dihasilkan oleh pelbagai vendor,” jelasnya.

Perodua dan IQM telah membina hubungan yang kukuh sejak beberapa tahun lepas, berdasarkan kepercayaan, kualiti dan ke­setiaan kepada pelanggan.

Isu GST



HAMZAH: Segala kutipan GST oleh kerajaan akan disalurkan bagi membantu rakyat.
BATU KURAU: Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) semata-mata malah pelbagai faktor lain turut mempengaruhi sehingga menyumbang kepada masalah kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai, malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.

Jelasnya selain itu beberapa faktor seperti kadar tarif elektrik, air, cukai tanah termasuk cukai pintu yang tinggi dikutip oleh sesetengah kerajaan negeri turut mempengaruhi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

"Contohnya apabila air tidak cukup, peniaga akan meletakkan masalah itu kepada pengguna dan ini menyebabkan harga barang naik. Ini perkara yang kena ambil tahu.

"GST dilaksanakan kerajaan bagi menentukan segala hasil yang kita kutip daripada peniaga secara sistematik dan efektif berbanding dengan kutipan 10 peratus semasa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kurang efektif dan timbul banyak masalah dalam ekonomi," katanya pada sidang media selepas program Jualan Sentuhan Rakyat 'Jom Serbu' di Arena Batu Kurau di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pelaksanaan GST sepatutnya dilaksanakan pada 1984, tetapi pentadbiran negara ketika itu tidak mempunyai kesungguhan politik untuk melaksanakannya.Dalam pada itu, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata sejak GST dilaksanakan di negara ini, lebih 500 produk telah dikecualikan daripada dikenakan GST.

Menurut beliau dengan adanya GST, segala kutipan kerajaan adalah disalurkan bagi membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), rawatan di hospital dan Klinik Rakyat 1Malaysia serta subsidi minyak masak dan subsidi pendidikan bagi menentukan rakyat mendapat pendidikan sewajarnya.

"Kita negara yang paling rendah dalam kutipan GST jika nak bandingkan dengan negara-negara lain kerana apa yang kita kutip itu kita berikan secara adil bagi kepentingan dan keperluan rakyat dari segi kemudahan, infrustruktur dan komunikasi dari satu tempat ke satu tempat," katanya.

Sementara itu Hamzah berkata program Jualan Sentuhan Rakyat akan dilaksanakan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen di negara ini.

Menurut beliau Perdana Menteri telah bersetuju untuk membolehkan rakyat menikmati harga barang yang rendah dalam keadaan ekonomi sekarang bagi mengurangkan kos sara hidup.

"Buat masa ini tinjauan yang telah kita buat di seluruh negara mendapati penerimaan baik daripada rakyat dan dakwaan pembangkang dakwa barangan yang dijual tidak berkualiti adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Bersama Syarikat Fulkrum





















6 March 2018 - Satu program telah diadakan di makmal ICT Jabatan TKS yang melibatkan pelajar sem2 TKS sahaja bersama syarikat Fulkrum.Net . Program ini bertujuan
untuk menambah ilmu pengetahuan para pelajar cara memanfaatkan teknologi pada zaman sekarang. Sedikit sebanyak syarikat Fulkrum.Net telah berkongsi cara unutk membuat Web Design, CSS dan HTML.
Ativiti yang dilakukan sepanjang program berlangsung ialah pertandingan membuat web design mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Di samping itu,turut dibantu oleh fasilitator daripada syarikat Fulkrum.Net itu sendiri. Program ini berjalan lancar selama satu hari. Di samping itu, turut dikongsikan cara untuk membuat coding HTML dalam mewujudkan web design. Oleh daripada itu, para pelajar mendapat penambahbaikan dalam mewujudkan laman web yang cantik serta membuat coding yang betul.

Troubleshooting



Berikut ini adalah kode analisa suara troubleshooting tersebut :

Bunyi ‘beep’ pendek 1 kali, artinya sistem telah melakukan proses Boot dengan baik.

Bunyi ‘beep’ pendek 2 kali, artinya ada masalah pada konfigurasi atau seting pada CMOS.

Bunyi ‘beep’ panjang 1 kali dan pendek 1 kali, artinya ada masalah pada Motherboard atau DRAM.



Bunyi ‘beep’ panjang 1 kali dan pendek 2 kali, artinya ada masalah pada monitor atau VGA Card.

Bunyi ‘beep’ panjang 1 kali dan pendek 3 kali, artinya ada masalah pada Keyboard.

Bunyi ‘beep’ panjang 1 kali dan pendek 9 kali, artinya ada masalah pada ROM BIOS.

Bunyi ‘beep’ panjang terus-menerus, artinya ada masalah di DRAM.

Bunyi ‘beep’ pendek terus-menerus, artinya ada masalah penerimaan tegangan (power).

Pada beberapa merk Motherboard akan mengeluarkan bunyi beep beberapa kali apabila temperatur processornya terlalu tinggi (panas).


Cara Masuk Safe Mode Window 7





Kali ini saya akan memberikan tutorial untuk masuk ke windows dalam mode safe/safe mode. Safe mode sendiri sangat berguna untuk memperbaiki trouble pada komputer anda (Baca: Cara memperbaiki motherboard rusak). Contohnya dulu saya pernah mengupdate software anti virus, ternyata setelah itu komputer tidak bisa masuk ke windows. Nah, untuk mengatasinya, saya masuk safe mode kemudian melakukan uninstall software antivirus tersebut. Dan berhasil, komputer bisa berjalan normal kembali. Berikut adalah step membuka safe mode



Cerita Saya


Pada 3 November 2017 jam 8.00 malam

Pelajar TKS telah mengadakan satu jamuan makan untuk meraikan pelajar akhir TKS ILP Perai. Jamuan tersebut diadakan pada pukul 8.00 malam hingga 11 malam. Semua pelajar TKS sem 1 dan sem 3 hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kerja Preventive




Pada tarikh 21/2/2018, Saya dan rakan pelajar semester 2 yang lain diarahkan untuk melakukan kerja Preventive Maintanance di makmal aplikasi. Kami membersihkan makmal tersebut dengan membuang habuk habuk yang ada . Kami mengagihkan tugasan kepada semua pelajar . Kami melakukanya dengan penuyh berhati hati kerana terdapat barang barang aset di sana .Antara kerja yang kami lakukan ialah membuang habuk di dalam dan luar casing dengan menggunakan blower .Dengan adanya aktiviti seperti ini ia dapat memupukan hubungan silaturahim antara kami dan pengajar dan ia adalah satu cara untuk mendapat persefahaman antara kami .

Antara bahan yg digunakan ialah ;
1) Kain buruk
2)Blower
3)Penyapu
4)Bulu ayam untuk membuang habuk di meja
5)Vacuum

Pemasangan RJ 45





Pada 15/3/2018 kami satu kelas menjalankan kerja amali Network Strukture Cabling bersama Pn.Anaruzi. Semasa amali dijalankan kami belajar cara pemasangan dengan betul dan mengunakan alatan dengan selamat


Alatan yang digunakan:-
-Cutter
-Kabel Taster
-Punch Down
-Crimping Tool
-RJ45
-UTP Kabel CAT 5E
-Faca plate
-Modular Jack.

Coding HTML






Semasa bersama Syarikat Fulcrum kami semester 2 belajar serba serdikit mengenai web design,coding HTML dan cara pembuatan atau peembangunan web tersebut.Pada mulanya kami berasa sidikit kekok untuk membuat dan terasa pening melihat nombor yang banyak dan terdapat code-code yang pelik.

Tapi dengan didikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh syarikat fulkrum kami mula dapat membuat.Dan akhir sekali kesemua kami dapat membuat dengan mudah dan cepat.

Cerita Saya


Pada 3 March 2018 jam 6.00 petang.


Saya dan rakan sepasukan telah mengadakan lagi satu perlawanan bolasepak di antara Pujangga F.C dan Kamloon F.C. Perlawanan tersebut agak tegang kerana pengadil tidak pernah berlaku adil pada setiap pasukan.

Pasukan Pujangga F.C telah menang perlawanan tersebut secara tipis kerana barisan pengadil tidak berlaku adil pada setiap pasukan.

Program Fit Run


Pada 7 April 2018 jam 7.00 Pagi.


Saya dan rakan kolej telah menghadiri satu aktiviti Fit Run yang di anjurkan oleh pihak kerajaan.Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan yang begitu meriah dengan jumlah kehadiran peserta sebanyak 15000 orang.

Menyiapkan PC Inovasi


Pada 30 Januari 2018 jam 10.30 pagi


Saya dan dua orang lagi rakan sekelas saya telah berjaya menyiapkan sebuah PC inovasi yang ditinggalkan oleh pelajar semester lepas.Kami berjaya menyiapkan PC tersebut dengan kemas dan berhemah kerana jikalau silap pasang arus elektrik boleh menyebabkan PC tidak akan berfungsi seperti biasa.

Cara Buang Virus


Pada 30 March 2018 jam 3.00 petang.


Saya dan beberapa rakan sekelas saya telah mempelajari satu ilmu baru bersama En.Fuad di Makmal ICT. Agak susah untuk mempelajari ilmu buang virus ini kerana banyak langkah yang perlu diingatkan supaya waktu membuat kerja buang virus ini tidak tersalah langkah.

Gotong-royong Makmal Perkakasan



Pada 19 Febuari 2018 jam 3.00 petang.

Saya dan rakan sekelas telah diberi tugas untuk melakukan kerja pembersihan di dalam Makmal Perkaksan.Setiap kumpulan mestilah melakukan kerja tersebut dengan penuh semangat dan berhemah.

Gotong-royong bilik Cik Lizan



Pada 17 Januari 2018 jam 10.00 Pagi.


Saya dan rakan sekelas saya telah diberi tugas untuk melakukan kerja pembersihan di bilik pengajar TKS(Teknologi Komputer Sistem).Satu kumpulan mempunyai 4/5 orang ahli untuk melakukan kerja tersebut.

Cerita Saya




Pada 24 September 2017 jam 2.00 petang.


Saya dan rakan surau telah pergi ke kenduri kesyukuran di Taman Desa Sena.Rumah yang saya hadir itu ialah rumah kepada adik Shafizan Hashim a.k.a (Din Pelam) bekas pertahanan kanan pasukan Kedah.

Cerita Saya



Pada 3 Ferbuari 2018 jam 5.oo petang.

Saya dengan rakan sepasukan teleh mengadakan satu perlawanan persahabatan di antara Pujangga F.C dengan Prince F.C di padang Mardi,Pinang Tunggal.

Cerita Saya





Pada 2 April 2018 jam 5.43 petang.

Saya dan kawan-kawan pergi tengok perlawanan bolasepak di antara Konsep F.C dan Lahar City (Qengkoh).Perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan Lahar City dengan jumlah jaringan 3-1 ke atas pihak lawan.

KPDNKK

MENYEDARI kepentingan ilmu berkaitan kepenggunaan dan cetak rompak amat penting, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepen...