Lori, 4 kedai terbakar di Kota Kemuning
SHAH ALAM: Empat kedai dan sebuah lori musnah dalam kebakaran dekat Seksyen 34, Kota Kemuning, malam tadi.
Kebakaran kira-kira jam 10.30 malam itu membabitkan sebuah kedai kitar semula, dua kedai tayar dan satu kedai kosong.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Azmel Kamarudin, berkata kebakaran itu dipercayai bermula dari kedai tayar di tengah deretan bangunan kedai satu tingkat itu.
"Api merebak ke premis bersebelahan yang menyimpan barangan kitar semula serta kedai kosong.
"Sejurus tiba di lokasi, bomba mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengawal kebakaran, " katanya ketika dihubungi.
Azmel berkata, api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.08 pagi tadi berikutan kebakaran membabitkan tayar.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kebakaran itu, semua premis terbabit tidak berpenghuni.
Katanya, kerja memadam kebakaran berkenaan dilakukan oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Subang, Andalas dan Sungai Pinang.
Beliau berkata, punca kebakaran belum diketahui manakala kerugian dianggarkan melebihi RM500,000.
Artikel Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/388947/lori-4-kedai-terbakar-di-kota-kemuning
No comments:
Post a Comment